Skip to main content

Malaysia

Dialog Negara platform PM, sembilan panel kupas dasar kerajaan

Program Dialog Negara dijangka menjadi platform perbincangan yang mengetengahkan pelbagai perspektif masyarakat dalam memahami keputusan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Program Dialog Negara dijangka menjadi platform perbincangan yang mengetengahkan pelbagai perspektif masyarakat dalam memahami keputusan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdiskusi bersama sembilan panel pelbagai bidang dalam program Dialog Negara bertajuk 'Di Sebalik Keputusan' pada Rabu ini.
  • Panel terdiri daripada wakil akademik, keusahawanan, kesihatan, digital, pertanian dan masyarakat, dengan sesi dikendalikan oleh moderator Ismail Adnan.
  • Program ini akan disiarkan pada jam 9 malam melalui TV1, RTM Klik, MYTV, Facebook Live, TikTok Live dan Astro.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdiskusi bersama sembilan panel daripada pelbagai bidang menerusi program Dialog Negara yang mengangkat tajuk 'Di Sebalik Keputusan', pada Rabu ini.

Program yang dijadualkan bersiaran pada 25 November itu bakal menghimpunkan wakil daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik, keusahawanan, kesihatan, kandungan digital, pertanian serta masyarakat.

Antara panel yang dijemput ialah Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah, Dato’ Ahyat Ishak; Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Anis Yusal Yusof serta doktor perubatan dan pempengaruh, Dr. Malar Santhi Santherasegapan.

Advertisement

Turut menyertai sesi dialog itu ialah usahawan dan pencipta kandungan digital, Adam Shamil; Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlusVibes, Dr. Madiha Fuad; Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal; pendakwah bebas, Ustaz Izzhar Nazri; Pengasas Architects of Diversity, Jason Wee serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali.

Sesi dialog berkenaan akan dikendalikan oleh Ismail Adnan sebagai moderator.

Advertisement

Program itu dijangka menjadi platform perbincangan yang mengetengahkan pelbagai perspektif masyarakat dalam memahami keputusan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Orang ramai boleh mengikuti program Dialog Negara itu pada jam 9 malam menerusi TV1, RTM Klik, MYTV, Facebook Live, TikTok Live dan Astro.

Must Watch Video

Advertisement