Petronas kukuh kerjasama 30 tahun dengan Turkmenistan
Petronas menerusi Petronas Carigali terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan Turkmenistan dengan pemeteraian beberapa perjanjian baharu sempena tiga dekad kehadirannya di negara itu. Kerjasama ini membuka peluang eksplorasi baharu serta pembangunan sumber tenaga termasuk medan gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan.