PKK usaha bantu kontraktor Bumiputera perkukuh kemahiran
Timbalan Menteri, Datuk Mohamad Alamin berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkasa kompetensi kontraktor Bumiputera menerusi latihan teknikal secara langsung di lapangan bagi memastikan mereka berkemahiran, berdaya saing dan berkeupayaan memenuhi keperluan masyarakat.