PM seru umat Islam hayati risalah kenabian, bina komuniti berteraskan nilai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya terbatas kepada perarakan atau pesta semata-mata, sebaliknya perlu menjadi wadah suntikan semangat bagi umat Islam menghayati risalah kenabian dalam setiap aspek kehidupan.