PM umum tambahan peruntukan RM50 juta kepada MITRA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan RM150 juta berbanding RM100 juta yang disediakan sebelum ini.