Kerajaan meluluskan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi PTPK bagi memperkukuh pelaksanaan TVET 2.0 menerusi peluasan latihan, pendedahan industri dan peningkatan kualiti pembangunan kemahiran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama erat majikan serta industri melalui Majlis TVET Negara menjadi syarat utama memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan kehendak pasaran masa depan.