Kerajaan Persekutuan mengarahkan semua agensi seperti MARA dan UDA yang mengelola premis perniagaan menurunkan kadar sewaan berkuat kuasa bulan ini sebagai langkah meringankan beban kos operasi peniaga kecil. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sambil menggesa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mencontohi langkah sama.