Skip to main content
Advertisement
Ketat perundangan sekat campur tangan politik dalam GLC, GLIC

Ketat perundangan sekat campur tangan politik dalam GLC, GLIC

Kerajaan bercadang memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi undang-undang baharu bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta memastikan dana awam tidak digunakan untuk kepentingan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan undang-undang entiti milik kerajaan itu akan menetapkan peraturan lebih ketat, termasuk dalam aspek pengurusan syarikat, kawalan terhadap anak syarikat serta tanggungjawab individu yang diberikan kuasa membuat keputusan.