Polis buru pemandu langgar 12 kenderaan di George Town
Pemandu kereta yang melanggar 12 kenderaan lain ketika dikejar kereta peronda polis sejauh kira-kira 20 kilometer sebelum berjaya meloloskan diri dalam kejadian di Pulau Pinang pada Khamis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, insiden bermula apabila polis mengesan sebuah kereta di Green Lane dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan berhenti untuk diperiksa, namun pemandunya terus memecut menghala Persiaran Gurney.