799 laporan diterima, PRN Johor kekal terkawal - Pengerusi SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Datuk Seri Ramlan Harun mengesahkan tiada insiden serius direkodkan setakat ini, meskipun beberapa kesalahan kecil berkaitan pilihan raya dilaporkan sepanjang proses pengundian.
"Secara akumulatifnya, sehingga Jumaat malam sebanyak 799 laporan telah diterima," jelasnya.