PRN Melaka: SPR jangka keputusan penuh sebelum tengah malam - Ramlan Harun
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dapat diumumkan sebelum tengah malam, dengan keputusan pertama dijangka dilaporkan selewat-lewatnya 9.30 malam.
Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kadar keluar mengundi setakat jam 11 pagi merekodkan 31.07 peratus daripada pengundi berdaftar, manakala lebih 7,000 pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) telah menunaikan tanggungjawab mereka.