Skip to main content
Advertisement
Pulang ke pangkuan 'Mama' di Gaza

Pulang ke pangkuan 'Mama' di Gaza

Bissan, seorang bayi pramatang yang dilahirkan susulan serangan udara di Gaza pada 2023 dipindahkan ke Mesir ketika masih dalam inkubator. Selepas hampir tiga tahun, Bissan akhirnya kembali ke Gaza dan bertemu semula dengan ibunya, Sundus Al-Kurd.

Namun, Bissan pada awalnya tidak mengenali ibunya kerana terlalu lama membesar berjauhan daripadanya. Kini, mereka perlahan-lahan membina semula hubungan sebagai ibu dan anak, dalam keadaan Bissan terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan di Gaza yang masih dilanda perang.