Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 November 2026.

  1. Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026

    Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, sederhana berbanding 6.0 peratus pada suku sebelumnya, disokong aktiviti pelaburan yang lebih kukuh, eksport bersih positif serta pertumbuhan berterusan penggunaan swasta.

  2. 10 bekas Exco Negeri Sembilan tarik balik saman berhubung krisis perlembagaan negeri

    Mahkamah Tinggi pada Rabu dimaklumkan bahawa 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan telah menarik balik saman pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua pihak lain berhubung krisis perlembagaan di negeri itu, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman berkenaan.

  3. Anwar hargai pengiktirafan Trump terhadap usaha damai Malaysia

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap usaha Malaysia membantu Thailand dan Kemboja meredakan ketegangan serta mencari jalan ke arah keamanan.

  4. Pejabat MB Perak nafi dakwaan pembubaran DUN

    Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan beberapa platform media sosial kononnya Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memohon dan telah mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

  5. Minit pengampunan Najib: UMNO persoal jika proses 'nyahklasifikasi' patuhi Akta Rahsia Rasmi

    UMNO pada Rabu mempersoalkan sama ada tindakan untuk mengelaskan semula atau menyahklasifikasikan mana-mana dokumen yang berstatus rahsia rasmi, telah dibuat oleh pihak berkuasa dengan mematuhi tatacara ketat akta sedia ada.

  6. Pejabat SUK Negeri Sembilan belum terima notis rasmi peletakan jawatan Ismail

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan belum menerima sebarang pemakluman atau notis rasmi berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar negeri itu.

  7. PRN Sarawak: 517 borang pencalonan terjual setakat Selasa

    Berbaki 9 hari lagi sebelum penamaan calon pada 28 Nov ini, bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 semakin dirasai apabila sebanyak 517 borang telah terjual setakat Selasa.

  8. Harimau Malaya kekal ranking ke-133 dunia

    Skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

  9. Deklasifikasi: Ahli Lembaga Pengampunan saran Najib tidak diberi tahanan rumah

    Beberapa ahli Lembaga Pengampunan berpandangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu meneruskan hukuman penjara dan tidak diberikan tahanan rumah.

  10. Kontroversi pantun: Ahmad Maslan mohon maaf kepada PM, ikrar sokong hingga akhir penggal

    Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kekhilafan kata-kata ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat pada 16 November lalu.
     

Must Watch Video

Advertisement