Saham Merudum, Minyak Melambung: Mampukah keputusan suku ketiga mengubah pasaran?
Tekanan jualan saham dan lonjakan harga minyak terus menguji sentimen pelabur, sementara keputusan kewangan suku ketiga syarikat teknologi Amerika Syarikat menjadi perhatian pasaran global. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan mengupas potensi prestasi korporat dalam mempengaruhi hala tuju FBM KLCI menjelang akhir tahun.