Pasaran | Ruble, pasaran saham dunia jatuh pada Isnin
Nilai mata wang Rusia, Ruble mencecah paras terendah pada Isnin manakala pasaran saham dunia menyusut dan harga minyak melonjak selepas barat meningkatkan sekatan ke atas Moscow.
Bank pusat Rusia pula meningkatkan kadar faedah sehingga 20 peratus berbanding 9.5 peratus kini dan memperkenalkan kawalan modal bagi mengawal matawang dan inflasi.