Skip to main content
Sarawak mahu rakyat lapor kekurangan sistem penyampaian - Juanda

Sarawak mahu rakyat lapor kekurangan sistem penyampaian - Juanda

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya berkata kerajaan negeri Sarawak secara tegas mahu rakyat melaporkan sebarang kekurangan dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Ini kerana, kegagalan melaporkan kekurangan tersebut hanya akan menyebabkan rakyat menanggung rugi akibat salah tadbir urus yang tidak dibetulkan. #AgendaAWANI