Sarawak tarik pelaburan China, fokus tenaga hijau dan AI
Sarawak memperkukuh kerjasama ekonomi dengan China menerusi Meja Bulat Pelaburan Strategik Sarawak-China di Shanghai, dengan tumpuan kepada pelaburan dalam tenaga hijau, penyimpanan bateri, automasi, robotik serta kecerdasan buatan (AI). Pelabur China setakat ini telah komited melabur lebih RM25 bilion di Sarawak.