“Sejemput Rendang Sudah Cukup” ketika beraya - Pakar
Dr. Mohd Firdaus Hadi, Pakar Kardiologi Intervensi Avisena Specialist Hospital, menasihatkan kawalan makan ketika beraya. Rendang sejemput sahaja, kurangkan air manis di setiap rumah, dan tuan rumah digalakkan sedia buah serta air kosong. Jika ada simptom jantung, jangan abaikan — maklumkan ahli keluarga segera.