Seniwati Rosnani Jamil kenang pemergian L. Krishnan
Di sebalik lahirnya nama-nama besar dalam sejarah perfileman Melayu, ada insan yang terlebih dahulu melihat sinar bakat sebelum ia dikenali sebagai bintang.
Mendiang Tan Sri L. Krishnan adalah antara insan itu... seorang pengarah yang bukan sahaja menghasilkan karya, tetapi turut mencungkil dan membuka ruang kepada bakat baharu mewarnai layar perak.
Pelakon veteran, Datuk Rosnani Jamil, antara insan yang pernah menerima kepercayaan mendiang, menyifatkan pemergian tokoh itu sebagai kehilangan besar kepada generasi awal seni dan perfileman tanah air.