Skip to main content

Malaysia

Jualan Agro MADANI rekod penjimatan isi rumah RM25.36 juta

Pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara memberikan manfaat kepada 18.7 juta isi rumah dengan rekod nilai penjimatan sebanyak RM25.36 juta setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara memberikan manfaat kepada 18.7 juta isi rumah dengan rekod nilai penjimatan sebanyak RM25.36 juta setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KANGAR: Pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara memberikan manfaat kepada 18.7 juta isi rumah dengan rekod nilai penjimatan sebanyak RM25.36 juta setakat semalam.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata penganjuran 3,388 siri jualan di seluruh negara itu melibatkan penyertaan 54,592 usahawan.

“Daripada jumlah itu, Perlis merekodkan 142 siri jualan dengan penglibatan 581 usahawan serta memberi manfaat kepada 565,000 isi rumah menerusi penjimatan RM570,000,” katanya.

Advertisement

Abang Ahmad Kerdee berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dekat sini hari ini.

Beliau berkata angka itu mencerminkan sambutan positif masyarakat terhadap inisiatif FAMA dalam memastikan produk agromakanan diperoleh pada harga lebih berpatutan selain membantu meningkatkan pendapatan usahawan tani dan memperluas pasaran produk tempatan.

Advertisement

“Jualan Agro MADANI menawarkan pelbagai produk agromakanan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup pengguna selain membuka peluang pasaran kepada usahawan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi memperkasakan sektor agropelancongan di Perlis, geran bernilai RM392,000 disalurkan kepada dua pengusaha berasaskan tanaman harum manis pada tahun ini.

“Melalui sokongan ini, FAMA berharap pengusaha agropelancongan dapat memperkukuh keupayaan operasi, meningkatkan mutu perkhidmatan serta mempelbagaikan produk dan pengalaman yang ditawarkan kepada pengunjung,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement