Sultan bertitah, ada proses, bukan sengaja campur urusan kerajaan – Ahli Dewan Diraja Selangor
Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Salehuddin Saidin berkata semua titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dizahirkan selepas baginda mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar dalam kalangan Dewan Diraja Selangor. Jelasnya, baginda bertitah bukan bertujuan untuk mencampuri urusan kerajaan. #BuletinAWANIKhas