Syor RUU pisah peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya dimuktamadkan 18 Mei
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) itu dimuktamadkan pada 18 Mei depan.