Pisah kuasa AG-PP: Kementerian khas diterajui Peguam Negara boleh ditubuhkan – IDEAS
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari berkata kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan kementerian khusus yang diterajui oleh Peguam Negara untuk menjalankan fungsinya selepas peranannya dipisahkan daripada fungsi sebagai Pendakwa Raya. Seterusnya, kedudukan Peguam Negara diangkat setaraf menteri. #AgendaAWANI
