Tanggungjawab baharu amat besar, berat dan mencabar - Ahmad Samsuri
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tanggungjawab baharu yang dipikulnya amat besar, berat dan mencabar terutama dalam suasana pengharapan tinggi diberikan pelbagai pihak serta rakyat kepada gabungan itu.