[TERKINI] Dakwaan lobi syarikat tembakau hanya pandangan peribadi KJ
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menganggap dakwaan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 berpunca lobi yang kuat daripada syarikat tembakau adalah pandangan peribadi.