[TERKINI] Malaysia kecam serangan Israel–AS, tuntut kembali berunding
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia menghormati kebebasan dan menolak sebarang bentuk pencerobohan, sambil mengecam serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Beliau menyeru agar semua pihak menghentikan perbalahan dan kembali ke meja rundingan demi keamanan rantau Teluk.