Tiada pembakaran terbuka oleh syarikat Malaysia di Indonesia – Noraini
Kerajaan menafikan syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan tanah di Indonesia.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran yang dikesan berlaku di luar kawasan ladang milik syarikat Malaysia.