Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari - Taufiq
Tiada perkampungan sukan akan disediakan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung 15 hingga 24 Ogos depan. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan ini sebagai sebahagian langkah penjimatan kos penganjuran dan atlet terlibat akan menerima subsidi penginapan mengikut kontinjen masing-masing.