Belanjawan 2027: Atlet, industri dan masa depan sukan
Pingat boleh dimenangi dalam sehari. Tetapi membina atlet bertaraf dunia memerlukan bertahun-tahun pelaburan, perancangan dan sokongan yang konsisten.
Menjelang Belanjawan 2027, bagaimana Malaysia harus mengimbangi sasaran kemenangan jangka pendek dengan pembangunan sukan yang mampan untuk generasi akan datang?
Kupasan bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya, Dr Mohamed Nashrudin Naharudin.