Tidak patut guru dipersalahkan jika berlaku kemalangan - Peguam
Orang ramai khususnya ibu bapa digesa supaya tidak terus menyalahkan guru atau pihak sekolah setiap kali berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan terhadap pelajar di sekolah. Menurut Peguam Bela & Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, undang-undang hanya mensyaratkan pihak sekolah menyediakan pengawasan yang munasabah dan bukannya kawalan yang sempurna. Beliau menegaskan bahawa setiap insiden perlu disiasat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada wujud kecuaian pihak sekolah, guru atau pelajar sebelum sebarang tuduhan dibuat. Pandangan tersebut dikongsikan dalam program AWANI Pagi ketika mengulas keperluan mewujudkan Akta Perlindungan Guru.