Tiga senario dijangka berlaku jika DAP keluar kerajaan
Timbalan Ketua Strategik, Ibu Pejabat Asia UN SDSN, Universiti Sunway, Prof Dr Wong Chin Huat berkata sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertindak keluar daripada pentadbiran kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengisi 12 kekosongan jawatan menteri dan timbalan menteri. Jelasnya, kegagalan berbuat demikian akan mendedahkan kelemahan kerajaan pimpinan Anwar dan boleh memaksa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dilaksanakan. #AgendaAWANI