Kemalangan | Guru maut, kereta bertembung kenderaan KKM
Seorang guru wanita terkorban dalam satu kemalangan jalan raya selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdekatan Kampung Perpaduan, Kinabatangan.
Dalam kejadian pukul 3 petang selasa itu, mangsa Nurul Izzah Fatinah Ismail, 31 tahun, yang memandu sebuah Perodua Kenari, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.