Tiga sindiket dadah tumpas, rampasan bernilai RM3.2 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk suami isteri serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.2 juta dalam tiga serbuan di Daerah Seberang Perai dan Daerah Timur Laut.