Aliran trafik di LPT dan PLUS perlahan pagi ini susulan pertambahan kenderaan menjelang Aidilfitri. LLM melaporkan kesesakan 9.8 km di KL–Karak akibat kenderaan rosak dan trafik perlahan di Kuala Kangsar–Changkat Jering akibat treler rosak. Pengguna dinasihat merancang perjalanan dan rujuk talian LLM 1-800-88-7752.