Sekolah | Sesi bermula 8 pagi bukan keutamaan setakat ini
Di sebalik cadangan banyak pihak, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam lapan pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan ketika ini.
Terdapat banyak lagi isu lain yang perlu didahulukan, tetapi beliau memberi jaminan, pandangan itu tetap diberi perhatian.