K-KOMM disaran lakukan rombakan pembayaran royalti industri kreatif
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan tidak bersungguh-sungguh menjadikan industri kreatif sebagai satu industri kerana bayaran yang diterima golongan itu tidak sepadan dan sistem pembayaran royalti yang tidak mapan.