105 individu termasuk migran, tekong ditahan dalam 3 serbuan di Selangor
Polis menahan 112 individu, terdiri daripada 105 migran tanpa dokumen sah serta tujuh individu yang bertindak sebagai tekong darat, tekong laut dan penjaga premis dalam tiga operasi berasingan awal pagi Isnin di Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor.
