12 Ogos keputusan permohonan Na'imah isu perundangan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Ogos ini untuk menyampaikan keputusan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permintaan beliau bagi merujuk persoalan undang-undang dalam kes aset yang tidak diisytihar.