130 dalang sindiket scam warga China tiba di Wuhan
Seramai 130 suspek yang terlibat dalam aktiviti perjudian serta penipuan di Kemboja, diterbangkan pulang ke China. Mereka yang terlibat sebagai dalang aktiviti haram itu dibawa pulang menggunakan pesawat yang disewa khas oleh kerajaan China yang tiba di Wuhan pada pagi Sabtu.