Warga emas rugi RM1.9 juta diperdaya scammer menyamar pegawai polis
Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun di Perak kerugian RM1.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak memindahkan wang kepada mana-mana individu yang mengaku sebagai pihak berkuasa.