Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

69 peratus peniaga Bazar Ramadan maklum catat peningkatan pengunjung

69 peratus peniaga Bazar Ramadan maklum catat peningkatan pengunjung

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan satu kaji selidik bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada peniaga bazar Ramadan tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kajian selama 10 hari itu melibatkan seramai 1,148 responden mewakili peniaga bazar Ramadan seluruh negara bermula 31 Mac lepas.