Skip to main content

Advertisement

DBKU gesa pengunjung pantau kebersihan bazar

DBKU gesa pengunjung pantau kebersihan bazar

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menggesa orang ramai melaporkan segera mana‑mana peniaga bazar Ramadan yang gagal mematuhi piawaian kebersihan. Datuk Bandar, Datuk Hilmy Othman, menegaskan bahawa kebersihan menjadi keutamaan DBKU sepanjang operasi bazar, selain meminta peniaga memberikan kerjasama penuh dan pengunjung menjadi “mata dan telinga” dalam memantau aspek tersebut.