Aerotrain operasi di KLIA
Perkhidmatan penggerak penumpang automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada 31 Januari depan.
Projek bernilai lebih RM700 juta dengan rekaan mesra pengguna itu akan beroperasi 24 jam setiap hari selain dilengkapi pakej penyelenggaraan operasi selama 10 tahun sehingga 2034.