Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran
Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran sempena sambutan Nuzul al-Quran dan bacaan tahlil Almarhum Sultan Ahmad Shah al-Musta'in Billah Shah serta berbuka puasa di Masjid Jamek, Chenor, di Maran pada Sabtu.