Ahmad Maslan sahkan Noh Omar, Khairy antara dipecat dari UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.
Dalam satu kenyataan, Ahmad menjelaskan, kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).