Anggota JPJ tidak mengaku salah atas 40 pertuduhan rasuah melibatkan nilai RM42,100
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Tertuduh, Mohamad Sobri Osman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.