Banjir | Pasir Mas, Kemaman catat kejadian banjir terbanyak
Sebanyak 65 kejadian banjir Monsun Timur Laut (MTL) direkodkan dengan 44 di Kelantan dan Terengganu (21) dalam tempoh 17 hingga 19 Disember.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Md Nasir Md Noh menerusi kenyataan memaklumkan, daerah Pasir Mas catat jumlah banjir tertinggi di Kelantan dengan 14 kejadian.