Banjir | Pemasangan siren amaran dipertingkatkan
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan terus meningkatkan pemasangan siren amaran di kawasan berisiko dilanda banjir dan fenomena kepala air.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini sebanyak 526 telah dipasang di seluruh negara bagi memberi amaran awal kepada penduduk termasuk di kawasan rekreasi.