Banjir | Perkembangan terkini banjir di Terengganu setakat 2 petang
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali memaklumkan seramai 12,183 mangsa dipindahkan ke PPS di Terengganu. Daerah Kemaman merekodkan angka tertinggi dengan 3,202 mangsa daripada 878 keluarga dipindahkan ke 23 PPS. Manakala daerah Hulu Terengganu pula seramai 965 keluarga dipindahkan ke 28 PPS. Lebih 1,440 mangsa di Dungun, 2,213 di Besut, 1,298 mangsa di Setiu dan 591 mangsa di Kuala Terengganu.