Skip to main content

Advertisement

Banjir Terengganu | Mangsa berserah rumah ditenggelami banjir

Banjir Terengganu | Mangsa berserah rumah ditenggelami banjir

Tiada yang dapat diungkapkan oleh penduduk Kampung Buluh di Setiu, Terengganu selain hanya mampu berserah selepas tempat berteduh mereka 'ditenggelami' banjir.

Kegusaran dan kepiluan juga jelas terpancar pada wajah mereka mengenangkan tiada barangan yang mampu diselamatkan disebabkan bencana alam luar jangka yang melanda Terengganu, Ahad lepas.